Followers

Friday, 10 May 2013

Amali Pengurusan Jenazah di hospital


Assalamualaikum w.b.t

Pada penghujung Februari 2013 yang lalu, Team al-Jannah Gold telah pergi ke Muar, Johor untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan jenazah. Tempat pertama yang menjadi tumpuan kami ialah Pejabat Agama Islam, Muar, Johor. Kami mendapatkan pandangan, khidmat nasihat serta cadangan untuk mempertingkatkan lagi kualiti produk kami daripada salah seorang kakitangan pejabat agama yang mana lebih mesra dikenali dengan panggilan " Kak Lin".  Pelbagai persoalan, pandangan serta tunjuk ajar yang telah diberikan oleh beliau kepada kami. 

             Hendak dijadikan cerita, ketika kami mendapatkan maklumat tentang pengurusan jenazah daripada beliau, Kak Lin menerima panggilan daripada pihak hospital untuk menguruskan jenazah pesakit yang baru sahaja meninggal dunia. Untuk makluman, pihak pejabat agama turut membantu pihak hospital untuk menguruskan jenazah andai kata berlaku kematian. Pada ketika itu, kami berpeluang untuk menguruskan dua jenazah wanita. Al-fatihah buat keluarga arwah. 








# Sebarang gambar yang disiarkan adalah dengan kebenaran keluarga arwah :)


Sekian daripada kami :)

-Al-Jannah Gold-

              


Tuesday, 19 March 2013

Muqaddimah

Assalamualaikum wbt.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. 

Kami komuniti siswa UKM yang menyediakan KIT PENGURUSAN JENAZAH yang mana kami akan memudahkan dan melengkapkan urusan pengebumian anda. InsyaAllah.



UKM-CESMED
Tingkat 3, Bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia



emel: aljannahgold@yahoo.com
aljannahgold@gmail.com